Welcome Our Blog

October 25, 2014

Pengenalan Kepada Asal Usul Nama Sabah dan Suku Kaum Terbesar di Sabah

SABAH
Pengenalan
Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
          Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
         Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.
            Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Suku Kaum Terbesar di Sabah
1.Kadazan Dusun
Sejarah/Asal Usul
Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional suku kaum Kadazandusun adalah berwarna hitam bersulamkan benang emas. Misalnya pakaian tradisonal Kadazandusun di daerah Penampang, lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.  
Contoh Pakaian Suku Kaum Kadazandusun:
Adat dan Agama
*ADAT PERKHAWINAN
-Dalam adat merisik kaum dusun, hendaklah dilakukan pada waktu pagi manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Setelah itu, Aktiviti penghantaran cincin dilakukan, hal ini adalah amat penting dimana cincin yang dihantar itu diletakkan dibawah bantal ibubapa, sekiranya mimpi buruk, perkhawinan dibatalkan manakala jika mimpi baik diteruskan. 
-Selain itu, upacara adat yang khas dilakukan adalah suami isteri makan sepinggan sebagai simbol bersatu.
-Perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi atau kerbau sebagai membayar kapanasan.

*KEMATIAN
-Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi dimana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian dikalangan masyarakat Kadazan:
>Adat memberitahu
>Adat berjaga-jaga
>Adat moginupus


Adat Memberitahu
-Apabila salah seorang di kalanga nmasyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan.

Adat Berjaga-jaga
-Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjis kandengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok ahli keluarga akan memasukkan rokok kedalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika. Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu,mayatakan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, Mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh manusia. Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran yakni dipalu perlahan-lahan lrama gendang itu disebut Surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit,matahariterbenam dan waktu tengah malam.

Adat Moginupus
-Moginupus dalam bahasa Kadazan bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat disekeliling rumah sebagaitanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan kubur si mati nanti.

*KELAHIRAN
- Dalam adat kelahiran dusun,ketika ibu melahirkan, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.
-Seterusnya, adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik,lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa yang berlaku sepanjang proses kelahirannya. Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan. Anak dibawa oleh ibunya sendiri ke tanah. Sebelum memijak tanah, tapak kaki bayi diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas dahinya. Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama mandian.

Agama
-Agama orang-orang Kadazan dahulu adalah "animisme". Sekarang, kebanyakan telah bertukar agama kepada Kristian dan Islam. Majoriti orang-orang Kadazan yang beragama Kristian adalah "Katolik".


Tarian
-Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam padi dan menuai padi pada bulan Mei setiap tahun. Sumazau juga dipercayai bertujuan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Tarian Sumazau biasanya diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan dan lemah lembut. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan. Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah. Tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.

Makanan Tradisional
Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun
*HINAVA:
-Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
-Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
-Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak tetapi ia perlulah segar...perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi dicampurkan dengan isi ikan (hidangan ini hampir menyerupai shushi).
-Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi isi ikan yang biasa digunakan ialah isi ikan tenggiri, dan terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan isi ikan yu . Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
-Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.

*NOONSOM:
-Ikan (sada) tuhau (sejenis ulam) bambangan (buah)
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
-Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan

-Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau 
-Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.


Bahasa

Bahasa kaum kadazandusun:terdapat perbezaan loghat,ejaandan sebutan yang dipengaruhi mengikut etnik tertentu.cth,sebutan dan ejaan suku kaum dri suatu daerah dgn daerah yg lain adalah berlainan tetapi masih membawa makna yang sama.

            Kebanyakan penduduk suku kaum kadazandusun menggunakan bahasa kadazandusun secara lisan disebabkan oleh tahap pendidikan yang kurang dititikberatkan.kebanyakan kaum kadazandusun masih lemah dalam mengeja huruf,menulis serta membaca tulisan.


            Oleh itu catatan dlm bahasa kadazandusun masih agak kurang,ini menyebabkan suku kaum kadazandusun akan berhubung seseatu mesej atau pesanan secara lisan sahaja.cth:,penyampaian mesej secara lisan yang dilakukan ialah ketika menyampaikan cerita dongeng,mitos,lagenda dan sebagainya yang tersirat banyak pengajaran dan teladan dalam cerita yang disampaikan.


2.Bajau

Sejarah/Asal Usul
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Iranun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
              Mengikut  sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar.Mereka telah membantu Johor menyerang Belanda. Kesannya, sehingga ke hari ini terdapat sebuah perkampungan kaum Bajau di negeri Johor. Kaum Bajau kemudian telah belayar melalui persisiran pantai Borneo dan membuka perkampungan mereka lebih awal di Kota Belud sebelum meneruskan pelayaran sehingga sehingga ke selatan Filipina.
              Di Filipina suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Bagi membezakan suku ini, mereka dikenali sebagai suku "sama'" dari suku kaum "Badjau" yang berasal dari Selatan Filipina.


Pakaian Tradisional
Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.
Contoh Pakaian Tradisional Suku Kaum Bajau:
Adat dan Agama
*ADAT PERKAHWINAN
Seperti masyarakat Melayu, dalam proses perkahwinan juga mempunyai beberapa peringkat seperti merisik, bertunang, akad nikah dan juga persandingan. Selepas proses merisik barulah rombongan mahanda (meminang) akan dihantar ke rumah bakal pengantin perempuan. Selama tempoh bertunang, pihak lelaki hendaklah menghantar belanja setiap bulan kepada bakal pengantin perempuan, disebut sebagai amalanja.
>Barang hantaran yang perlu wajib dibawa oleh pihak lelaki semasa hari perkahwinan berlangsung:-
-dublun basingan (kerongsang emas) atau sebarang perhiasan barang kemas
-kuih penyalam dan kuih jala sebanyak 300 biji
-segulung kain putih
-seekor lembu (boleh digantikan dengan wang)
>Majlis akan diadakan di siang hari sebelum waktu zohor atau selepas waktu zohor. Pada waktu malam, persandingan di rumah pihak pengantin perempuan. Setelah 3 hari barulah kerumah pihak lelaki.

*ADAT KELAHIRAN
>Adat Magtimbang
Acara magtimbang dilakukan apabila seorang wanita bersalin dalam bulan safar. Ibu dan anak akan ditimbang dengan buah-buahan seperti kelapa, tebu, pisang dan sebarang makanan lain. Lazimnya magtimbang dilakukan semasa anak tersebut digunting.
>Maggunting
Adat dan budaya lama ini diwarisi sejak turun temurun lagi. Upacara maggunting ialah cukur jambul beramai-ramai di masjid atau surau sama ada dalam bulan rabiul awal atau semasa hari raya. Kanak-kanak lelaki yang digunting rambutnya akan diarak ke masjid beramai-ramai disertai dengan replika Jong atau Ajjung , manakala kanak-kanak perempuan pula Mahligai yang dihias indah. Jong atau Ajjung dan Mahligai lazimnya dihiasi dengan makanan ringan kanak-kanak seperti keropok, gula-gula, coklat dan pelbagai makanan lain. Replika Jong atau Ajjung dan Mahligai ini adalah melambangkan seorang putera dan puteri raja. Selepas upacara maggunting makanan ringan tersebut akan diagihkan kepada para jemputan khususnya kanak-kanak.
>Adat Mandi Gerhana
Wanita yang hamil dan berlaku gerhana ketika dia sedang mengandung, maka hendaklah mandi gerhana bagi mengelakkan anak yang dilahirkan mendapat tanda lahir yang besar berwarna hitam.

*ADAT KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

*AGAMA
-Kebanyakan bangsa bajau beragama islam dimana hampir 96% adalah beragama islam dan selebihnya beragama lain-lain.


Tarian
-Tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik saja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di depan pengantin. Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab kabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat datang. Tarian Limbai juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut. Ada muzik wajib yang mengiringi persembahan Limbai ialah Tetawak

Makanan Tradisional
Makanan tradisi kaum bajau:"KIMA" adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'.
            Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
           Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. Putu makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)
           Tompek (Тinompeh) pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
             Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Bahasa
Di sabah terdapat 6 bahasa bajau yang digunakan dan semuanya berasal drpd keluarga Bajau-sama yang merupakan variasi drpd dialek bajau itu sendiri.penggunaan bahasa ini termasuklah pendatag-pendatang drpd negara jiran.bagi kaum drpd bahagian pantai timur sabah,bahasa mereka dipinjam drpd suluk iaitu bahasa perdagangan di laut sulu.kaum bajau pantai barat sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa melayu.namun begitu 6 bahasa yang digunakan itu mempunyai banyak perbezaan dari segi sebutan pembentukan kata dan makna dalam setiap dialek bajau.namun perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat dari pembahagian dua kawasan iaitu bertutur dialek bajau dipantai timur (kudat,sandakan,lahad datu,kunak,semporna dan tawau)dan pantai barat(putatan,tuaran,kota merudu,kota belud dan papar).


3.Murut
Sejarah/Asal Usul
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.
           Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina.
        Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Di Sarawak pula,terdapat juga kaum Murut, akan tetapi suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini terletak di bawah kaum Orang Ulu iaitu mewakili peribumi kecil sahaja.
               Kaum Murut di Sabah menetap di Tenom, Kemabong, Pensiangan, dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai.
Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.
               Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan ialah pakaian mereka lebih terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik. Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk kaum Murut ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong.
Contoh Pakaian Suku Kaum Murut:

Adat dan Agama
*ADAT PERKHAWINAN
-Murut menjalankan majlis perkahwinan selama 5 hari berturut-turut(3 hari tempat lelaki,2 hari tempat perempuan). Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli oleh tambuloi (sekumpulan wanita) pada hari perkahwinan dan diletakkan di dalam bilik khas yang telah ditabiri beberapa helai kain yang mahal. Selepas itu, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai. Tetamu yang datang akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.
*ADAT KELAHIRAN
-Kaum Murut tidak mempunyai adat resam dan pantang larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin,Tetepi pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut. kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau melalui sesuatu peristiwa tertentu. Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar untuk beberapa kali. Situasi ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang yang meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka adalah sama, kaum murut yang mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.

*ADAT KEMATIAN
Kaum murut akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam ke empat mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah.
             Keasokkan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamt jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai.
*AGAMA
Murut kebanyakanya beragama Kristian dan Islam.

Tarian
Tarian suku kaum murut:
-Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari tergepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jika tidak cekap mengelakkannya.

-Tarian Lansaran merupakan tarian traditional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran


Alat muzik tradisional suku kaum Kadazandusun, Murut dan Bajau:

1. Kulintangan merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

2. Sompoton merupakan alat muzik tradisional yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun.

3. Gong dipukul mengikut rentak lagu yang dimainkan adakalanya gong dimainkan mengikut rentak muzik sesuatu tempat, contohnya paluan gong Daerah Papar Dan Daerah Penampang adalah Berbeza. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza
mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai.

4. Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan. 5. Suling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan. Suling dimainkan untuk keseronokan individu. Notamanis instrumen ini biasanya didengarpada waktu malam selepas penduduk kampung telah pulang dari medan. Ia dimainkan oleh semua kumpulan etnik Sabah.

6. Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’.Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.Ia boleh dimainkan untuk hiburan persendirian dan lagu-laguyang boleh meniru dikir pelbagai. Walau bagaimanapun, antara Tambunan pusat dan Kadazandusun Penampang turali meluahkan kesedihan peribadi apabila seseorangsahaja meninggal dunia. Melodi menunjukkan sama ada bapa, ibu atau kanak-kanaktelah meninggal dunia.

7. Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan ketika berada di kawasan padi dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada pemuzik. Inanya tidak mempunyai saiz yang spesifik. Namun anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6 hingga 8 inci atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau sejenis dahan pokok seperti palma. Lampakid merupakan sarung kepada Bungkau iaitu diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat muzik adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber persekitaran alam. Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih. Penduduk kampung telah mengadaptasi sumber alam sekeliling untuk dijadikan alat muzik. Cara membunyikan alat muzik Bungkau adalah dengan meletakkan pada mulut atau kedua-dua bibir disepit untuk penahan, dan sebelah tangan atau jari membelek-belekkan kayu hujung Bungkau. Alunan corak bunyi adalah bergantung kepada nafas. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalampersembahan nyanyian dan tarian. Bungkau boleh dimainkan  secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Bungkau juga dimainkan ketika adanya keramaian. Muzik Bungkau bukan Muzik untuk upacara. Muzik Bungkau juga dimainkan bersama dengan alat muzik lain secara berkumpulan bagi membuatkan bunyi lebih seragam dan menarik. Antara alat muzik yang sering digabungkan dengan alat muzik Bungkau adalah sompoton, tongkungon, dan babang.


8. Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah. Sundatang diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di
atas kematian seseorang dari keluarga Seseorang dari keluarga terdekat.

Sumber:

-Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2010. Adat dan Ritual Kematian di Sabah. Sabah: Utusan
            kinabalu. Co. Sdn. Bhd




~Daripada Ofranis(Pengenalan,Sejarah/Asal Usul dan Pakaian),Muliadi(Agama dan Adat) & Hafiz Zul (Makanan dan Bahasa),Khairul(Muzik dan Tarian).Selamat Membaca :) ,Para pembaca dipersilakan untuk memberikan komen-komen dibawah ruangan komen bersertakan nama anda,TQ :)


No comments:

Post a Comment